KUCHING: Seramai 202 penjaja dan peniaga kecil menerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 sebanyak RM1,500.
Menurut kenyataan media Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKS), penjaja dan peniaga ini adalah di antara penerima yang masih belum menerima bantuan tersebut disebabkan tidak mempunyai akaun S Pay Global atau akaun peribadi.
“Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) telah menyalurkan bantuan tersebut kepada MBKS untuk diagihkan kepada penerima yang layak di bawah bidang kuasa MBKS,” katanya.
Majlis penyerahan BKSS 6.0 itu telah disempurnakan Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng di Lobi MBKS baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Dato Wee mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang telah memperuntukkan bantuan BKSS kepada penjaja dan peniaga kecil bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan dalam setiap membuat keputusan terutama kebajikan masyarakat semasa COVID-19.
“Dengan adanya bantuan tersebut, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penerima dan berharap penerima dapat menggunakannya dengan bijak,” katanya.-EDISI UKAS
Sumber dari : UKAS